21 01 2010

Tarian nada hari kita

Bersyair dengan laguku

Laguku, lagumu

Berpuisi dengan syairku

Syairku, syairmu

Irama dan katanya

Adalah nada suara kita, tingkah lidah kita

Senyum yang terukir

Jebikan yang bersumbing

Jelaskan,

Keperitan yang masih mencerut

Paksaan yang membuatmu terdesak

Adakah kau melihat seni hidupmu?

Apakah kita dibelenggu atau membelenggu

Yang pasti

Belum tentu memastikan

Beritahulah

Tetapi kita

Masih bodoh

Ini dan itu.

Tintacinta210110143704





dilemma warnaku-sebuah puisi

15 08 2009

Yang terpaku dipasak belenggu

Tersimpuh bertepuk tangan

Memerikan segala kemestian

Demi rencana yang mendugakan

Kita merangka setiap keperibadian

Melantangkan apa yang dirasa dan mempertikaikannya

Apakah kau dan aku masih ber-amai-amai

Kala pusaka semakin tergadai erti nilainya?

Akar yang di awang-awangan terus meresap embun kekeliruan

Sehingga dedaunnya bukanlah hijau yang aku kenal

Batang dan rantingnya bukanlah bertanah budi nenek moyangku

Dan pucuk-pucuknya semakin bercabang ke mana-mana

Warnaku!

Ya, warnaku!

Yang mengertikan aku dan engkau adalah serumpun

Namun warnaku yang sebenarnya satu

Kini membeza-bezakan

Tidak lagi membanggakan lidah yang berbicara





Calar-balar Dunia (bhg.1/pt.1)

12 07 2009

Sering kita lihat sebuah kehidupan itu sebagai lumrah. Sebuah lumrah yang sangat terkesan lantas membentuk dunia ini sendiri. Seperti kejadian yang lainnya lumrah itu tidak terlepas daripada hukum. Hukum yang ditetapkan olehNya. Semestinya perkara inilah yang dinamakan takdir dan kita patut akur kerana melengkapkan qadaq dan qadar yang wajib untuk rukun iman kita sendiri supaya jangan sesekali kita menyesali kehidupan yang diberi.

Dewasa ini, tiada pagi yang terang tanpa berita yang mengemparkan, menyedihkan ataupun yang memberi inspirasi kepada kita. Dalam konteks Singapura ini sendiri, masalah ekonomi tetap membelenggu fikiran dan jiwa setiap warga. Kewajiban untuk terus hidup dan memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah ataupun pemimpin, mendesak seseorang itu berikhtiar. Walauapapun caranya, ianya demi memenuhi tanggungjawab setidak-tidaknya, untuk diri sendiri.Maka, dengan sebab inilah, pentingnya agar seseorang itu faham dan menghormati erti tanggungjawab itu sendiri kerana desakan hidup demi memenuhi tanggungjawab sendiri akan mendorong seseorang itu untuk bertindak dengan tidak bertanggungjawab terhadap orang lain lantas mendatangkan kerugian yang nyata!





Hello world!

5 07 2009

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.