Sering kita lihat sebuah kehidupan itu sebagai lumrah. Sebuah lumrah yang sangat terkesan lantas membentuk dunia ini sendiri. Seperti kejadian yang lainnya lumrah itu tidak terlepas daripada hukum. Hukum yang ditetapkan olehNya. Semestinya perkara inilah yang dinamakan takdir dan kita patut akur kerana melengkapkan qadaq dan qadar yang wajib untuk rukun iman kita sendiri supaya jangan sesekali kita menyesali kehidupan yang diberi.
Dewasa ini, tiada pagi yang terang tanpa berita yang mengemparkan, menyedihkan ataupun yang memberi inspirasi kepada kita. Dalam konteks Singapura ini sendiri, masalah ekonomi tetap membelenggu fikiran dan jiwa setiap warga. Kewajiban untuk terus hidup dan memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah ataupun pemimpin, mendesak seseorang itu berikhtiar. Walauapapun caranya, ianya demi memenuhi tanggungjawab setidak-tidaknya, untuk diri sendiri.Maka, dengan sebab inilah, pentingnya agar seseorang itu faham dan menghormati erti tanggungjawab itu sendiri kerana desakan hidup demi memenuhi tanggungjawab sendiri akan mendorong seseorang itu untuk bertindak dengan tidak bertanggungjawab terhadap orang lain lantas mendatangkan kerugian yang nyata!
Recent Comments